4/11/2018


1. (Ter)baca semula jurnal Sontag.

2. Ketika mengeringkan badan selepas mandi, fikir saya selepas melihat judul buku yang tersusun tak terbaca. Mungkin, ini umur yang sesuai untuk membaca Ayn Rand. Saya tak pasti.

3. Saya mudah kasihan bila mendengar kucing jantan yang benar-benar telah tua, menyedut hingus seperti kanak-kanak kecil. Saya menyapa dan mengelarnya dengan panggilan abang.

Abang dah makan ke belum?

Adakalanya saya kagum sebentar dengan intimasi spontan ini. Dia mengiau lebih kasar, menggesel-gesel. Ada perasaan hiba yang dalam ketika mengusap bulunya, daging pejal dan kesat. Tubuhnya berusia, mungkin seakan 50 tahun hayat seorang manusia.

4.

5. Bersandar malas pada dinding, diatas sebuah bangku panjang, dalam sebuah ruang tinggi tanpa atap tetapi cukup teduh-- sebuah dapur terlindung dan kebun kecil-- rumah milik lelaki tua Perancis di tengah bandaraya Melaka; dindingnya diramahi rumput menjalar sehingga memenuhi tabir. Languange is strange, kata dia. How it is strange? saya bertanya dan semulajadinya mendengar diri sendiri dalam sebuah terjemahan comment c'est etrange?

6. Apabila disuapkan kuih keria. Terimalah, walaupun ia cuma platonik. Tubuh anda akan berterima kasih kerana dos-dos oxytocin tersuntik selepas penipuan kepada minda anda.

7. Rasa menyesal dan tidak boleh tidur malam selepas artikulasi karakter lelaki Alpha, bitter dan baran.

8. Selamat datang ke kenduri Testosterone.

9. Saya tidak pasti bagaimana harus berperasaan selepas membaca Zurinah Hassan.

10. Mungkin adakala ia melapangkan bahawa apabila dia cuba mengusik sudut pandang lelaki kepada imaji tuntutan seorang wanita Melayu yang mendambakan dengan rendah diri kepada sebuah perhubungan. Banyak perkara yang tidak ada kepastian dalam hidup, dan dia tidak ingin bertanyakan aspirasi dan prospek sang lelaki. Dan tidak perlu juga dilanjutkan kepada ruang fantasi seorang lelaki melihatnya menenangkan seorang anak merengek di ruang belakang kereta sedan mewah ketika berhenti di lampu merah. Cuma hormatlah kepada pengharapannya, dan ketika dia bersunyi dalam cita-citanya.

No comments:

Post a Comment