4/20/2018

Come on ye lost


1. Patut menulis dengan dedikasi untuk sebuah jurnal membancuh doh.

2. Jam tiga pagi. Udara kedinginan akan menganggu rencana bakteria untuk membiak dalam tepung yang dibancuh. Saya panaskan ketuhar, dan tutup semua tingkap udara. Hawa yang terkepung, hangat yang memadai untuk membuat doh ulian sebati lebih cepat dan menghidup-- bernafas. Asalnya saya tidak boleh lelapkan mata, tapi kudrat menguli dengan tangan membuatkan saya menyesal pada waktu jam begini, ketika mata mulai berat. Melihat tangan sendiri, asalnya kekok mulai menjadi berani. Jari kelingking yang jengkel tidak lagi sempurna. Saya berhenti, menarik nafas dan melihat semula tangan ini. Saya lihat jerih orang tua saya di tahun-tahun dahulu. Gerak ulian tangan ini seakan sama, kemudian datang memori mendengar kesibukan di dapur waktu dinihari. Doh berehat, saya tersengih sendiri apabila ianya hidup dan berganda tiga kali.

2. Tuhan Maha Kaya. Bila saya diperlihatkan sebuah tingkat ideal hopeless romanticism paling tinggi dan infatuasi derau-derau oxytocin berkenduri dan saya terlindung dalam kekelabuan tidak rasional-- hubungan atas idealisme. Memberikan pengalaman menghayatinya, dan menilai, mencari jalan untuk menakluk rasional semula. Selepas tiga hari, kepala saya lurus semula. Temporaliti makna yang saya sedar bahawa tidak mungkin dilanjut dan tidak mungkin dapat dimiliki.

3.It is when Woody Allen's stuff got mixed with Damien Rice's stuff. I know I need to start taking it easy.

4. Dalam sebuah persamaan bintang horoskopik; pena'akulan aktif; dalam keajaiban cultural traits yang sama; dalam sebuah inter-reflexivity paragdima disiplin fikir masing-masing; sosiologi--psikologi sedang membuat kira-kira untung rugi/berbagi nasib dalam sebuah perhubungan komunikasi.

5. Bak kata Damien Rice, I hope my sanity covers the cost.

6. Enam cawan espresso aku minum hari ini. Jumpa aku di Santorini yang sedang marak terbakar.

7. When in doubt, kemas rumah.

8. Hampir menyebabkan ketuhar mikrowave terbakar. Pengajaran yang boleh diambil adalah jangan panaskan makanan yang dibalut tin foil.

9. Situasi peti ais: Sebekas kimchi, Labneh, buah zaitun, tiga kotak susu krim penuh. Mungkin saya akan menghasilkan sesuatu yang hipster daripada semua ini.

No comments:

Post a Comment