3/15/2018

Marched


1. Secawan double shot espresso, lemon iced, dan iced americano bukanlah turutan minuman yang baik.

2. Saya ada masalah dengan orang yang rasa lagu dengan pengakuan "I'm creep, I'm weirdo" wishfully berasakan bahawa diri mereka sebenarnya adalah istimewa.

3.

4. Roti bakar dengan sapuan alpukat hancur dan telur goreng mata.

5. Tidak mempunyai artikulasi dan bahasa yang jernih untuk menjelaskan eksistensialisme diri. Menariknya, apabila mengumpul segala dengan lebih sarat paling tidak akan mencapai separuh tingkat menerusi autodidact. Separuh tingkat filsuf.

6. Jam tangan masuk air hujan, kaca mata hitam pecah. What else?

7. Adakala, kita mampu memberitahu diri sendiri untuk meneruskan lagi. Cuma, ada harinya sewaktu terlebih dos kaffein, terlewat/tidak/malas makan tengah hari atau gusar tidak mampu melelapkan masa pada waktu malam, pemberitahuan kepada diri hadir dengan tanda soal. Perlu teruskan lagi?

8. Berasakan bahawa Stephen Hawking dan romantisme berita kematiannya adalah sesuatu yang disturbing.

9.  12.03 AM













No comments:

Post a Comment