4/20/2017

what's going



1. Menemukan diri sebagai konstruk maskuliniti tahun 2000-an (tetapi dalam beta pool).

2. Mungkin nombor (1) membolehkan saya berada dalam kerangka seksualiti wanita 30-an.

3. Mak..typing 

4. Nombor (3) adalah penantian yang sangat emotional.

5. Rasa nak pergi terajang orang yang melambai selamat tinggal sambil berkata

   "see you around, this is a free country!".

6. Ada adik perempuan yang balas pesanan teks selepas saya memberi nasihat dengan

   "Orait. Aku ingat nak beli Duckscarves. K.".

7. Midnight cruisin' sambil dengar Payung Teduh.

8. Apabila tidak berpendapat kepada sesuatu isu, saya cuma menganggap itu sesuatu yang
normal--ianya bermakna saya selektif untuk sama ada memilih dan memiliki stamina moral.

9. Nombor (8) mungkin alasan oleh seorang yang mediocre.

10. Dia merujuk bekas silinder seperti cip kentang tetapi berisi papadom-- tertulis senarai ramuan; kacang dal, minyak (whatever saya terlupa), dan kasih sayang. Seriously? M. tanya. Saya balas, it just we'll never know how deep their love is.

11. Oh well, in another opinionated current girl.

12. Tazabar nak baca. Tazabar nak shoot it down later too. P/s: Jangan suka sangat.

13. Nombor (12) dibalas dengan good at taking in critism yada yada, please I'm matured dan emoji berapi.

14. Peace out, mature women.

3/31/2017

Life goes on.


1. Saya kira, yang menyelamatkan saya kali ini adalah pena'akulan yang disandarkan pada Tuhan, hormon yang stabil dan juga perkiraan matematik eksistensial.

2. Sebuah Ungeschehenmachen.

3. (Setahun dalam illusi keghairahan)

4. Kegagalan komunikasi dalam sintaks Subang Jaya.

5. Yes, Rimbaud was right.

6. Mungkin sesuatu yang secara rawak saya fikirkan tempoh hari adalah untuk mengayuh basikal daripada Bristol ke Portishead.

7. Di sebuah pekan bernama Sekincan, saya menemukan diri sebagai seorang lelaki dengan high spirited untuk kerepek/bahulu-shopping.

8. Setiap hari saya berhadapan dengan orang dikeliling yang lebih mudah air mata mereka tertumpah sebaik saya bertanyakan spontan akan khabar mereka. Kemudian mereka bertanyakan, kenapa dengan mata saya. Kedua mata saya adalah perasaan yang tidak mampu bersembunyi. Lalu wajah mereka akan lebih pekat dengan sengih, mata dan hidung yang memerah. Dan saya melihat sebuah kecintaan yang lebih besar-- seorang isteri kepada suami dan keluarganya; sepasang orang tua kepada anaknya. Membilang hari-hari orang yang dikasihi. Tubuh manusia yang mengagalkan dan tidak akan lama-- untuk menanggung kecintaan yang abadi.

3/21/2017

Beberapa nota dalam bulan Maret


1. Jangan pernah memandang rendah pada sisi materialistik diri sendiri.

2. Kemas/mop rumah sambil dengar Sheila On 7.

3. Tentang bagaimana hendak menempatkan sebuah tindakan komunikasi dan posisi ekonomi/sosial diri dalam sebuah majlis perkahwinan dihadiri oleh kenalan-kenalan-muda-professional-graduan luar negara.

4. Hormon terlalu stabil adalah sesuatu masalah. Rush/adrenaline ada kecenderungan untuk berada dalam flight mode-- self centered tanpa dihalakan kepada subjek.

5. Bermimpi P.Ramlee covering lagu Zikir Kasih (nyanyian Amir Ukays?).

6. I have been patronized oleh akademik tua.

7. Membantu merangka baris maksud dalam pantun sebagai ucapan ulangtahun kelahiran mak mentua kepada seorang lelaki pertengahan 30-an.

8. Ulangtahun kelahiran mak mentua dalam konteks ini, adalah seperti dalam filem Ahmad Albab-- ulangtahun kelahiran pak mentua.

9. Untuk tahan air mata daripada bergenang--perbualan bertanya khabar--mengurut dada sendiri--di bakeri kegemaran.

10. Mungkin Tuhan pilih kau untuk sebuah kanser. Untuk sekadar hayat ini yang ringkas-- bahagia adalah merenung semula makna syukur. Bahawa, manusia tidak boleh ada kesemuanya.

11. Mengharapkan semua orang disekeliling saya dalam keadaan baik, and to whoever you are reading this.




3/06/2017

Maret


1. Max Weber, huruf W adalah dengan sebutan huruf V.

2. Tidak ada grand narrative, kata lelaki berusia separuh abad yang saya baru kenali itu. Dia mengeluarkan telefon, dan menghulurkannya kepada seorang akademik-doktor medikal-pengetua kolej kediaman Universiti Malaya. Boleh tolong ambilkan gambar kami? kata dia sambil meletakkan cawan kopinya mampir pada saya.

Kespontanan yang buat saya rendah diri, dan pada masa yang seakan telah menyakitkan hati orang lain.

3. Lima minit pertama hari sebelumnya: berkenalan dengan berbincang deconstructionism dalam Islam.

4. Pengetua kolej kediaman kebiasaanya adalah orang yang kejam-- watak jahat dalam universiti. Saya boleh lihat riak muka kejelikkan.

5. I am not an interesting person, it just that you met me at an interesting time.

6. "Ni artis ke?".

7. Nombor (6) adalah punca nasi campur jadi mahal.

8. Jangkaan kepada sebuah kebolehan melakukan pendawaian lampu rumah, membetulkan sinki tersumbat, atau bertukang. Percayalah, semua lelaki ingin tiba ke situ. Cumanya, mereka berada di ruang yang tidak tepat untuk terjun kepada sebuah pengalaman yang membentuk apa saja set kemahiran atas nama seorang lelaki.

9. Perlu jadi kaya untuk beli mesin espresso.

10. Of catlessness.

2/23/2017


1. Saya percaya akan sentiasa ada pra-kondisi pada setiap sesuatu. Menebak pula, walaupun sekadar tebakan, barangkali fikir saya seharus adalah sifatnya peribadi. Dan misalnya memulakan perbualan kali pertama tentang estetika warna dan corak tudung mungkin adalah tidak sesuai walaupun sejauh mana terbuka perbualan itu. Saya belajar sesuatu hari ini

2. Di dalam sebuah ruang bilik dengan bau bancuhan kopi pelbagi jenis, Lelaki Perancis itu mengulas secara tidak langsung tentang konseptualisasi kerja-kerja Bourdieu. Lelaki tua berasal dari Bahau, Negeri Sembilan telah pun menaiki puncak kelas sosial itu pula memerhatikan saya daripada meja paling belakang (mungkin sejak seminggu lepas dia terselak Bourdieu). Kami semua berada di dalam lapangan idea mental yang sama. Dan lelaki tua itu secara literalnya sedang tersengih-sengih di ambang pintu budaya kelas menengah (atas?)-- cuba mempelawa saya masuk.

3. Such a class, such a distinction.

4. Beberapa berita kurang baik daripada bakeri kegemaran.

5. Seminggu ini, saya bermimpikan telah membunuh orang, melihat beruk berwarna putih dan dipatuk ular. Mungkin ingatan separa sedar saya setelah penat menjalani sosial, mungkin juga terkait hal metafizik. Akan cuba merawat diri sendiri, walau apa jua maknanya.




2/11/2017


1. Kamu masih lagi adalah sebuah idea tentang estetika kelas pertengahan, kenaifan humor semulajadi dan dimensi hedonisme yang kelihatan memikat-- daripada sisi perspektif sebuah pena'akulan tidak rasional-dreamy-intoxicated. I am aware of that.

2. Kerana hidup, secara literal terlalu berkeinginan kepada minuman latte dengan cawan bersaiz venti. Mungkin ini yang dikatakan, kebahagiaan hasil konstruk budaya.

3. Wahai saudara-saudari di internet, tidak lelahkah kalian?

4. Kenderaan empat tayar, bersesak selepas jam lima sambil mendengar bebelan siaran radio bahasa Inggeris tempatan tentang wacana ekonomi politik (?).

5. Setelah sekian lama tidak singgah ke bakeri kegemaran, saya pergi ke sana tempoh hari, untuk berbual bertanya khabar kepada pemiliknya, suami dan isteri. Sering dia menyenangi saya untuk berseloroh tentang pelbagai hal, cuma kali ini dia lantas menarik kerusi dan duduk di meja kegemaran saya-- isyarat bahawa saya perlu untuk duduk sama.

"Den masuk hospital, anak den pun masuk hospital" kata dia. Dahi saya berkerut, saya lanjutkan bertanya.

"Den sobab jantung, anak den, dio ada macam ketumbuhan, den ghaso sikit lagi nak kanser". Si isteri tiba ke meja, dahi berkerut-kerut menambah lagi butir-butir pada saya.

"Que sera-sera, orang kata whatever will be, will be" kata si suami.

6. Hari itu terlalu roller coaster untuk saya.

2/01/2017

Feb



1. Saudara, terlupakan saudara pada the autonomous self?

2. Tempoh hari sewaktu saya bersyarah (membebel?) selama setengah jam tentang sesuatu yang sosiologikal, doktor perubatan itu sekadar membalas, kau nak mati muda ke fikir berat-berat ni?. Saya tidak ingat butir selepas itu, yang pastinya adalah saya bersungguh-sungguh minta maaf.

3. Mengeluarkan diri daripada terpenjara oleh pancaran-pancaran imej realiti yang mencadangkan keterikatan kepada ketuanan emosi yang spontan.

4. Teh Dilmah perisa rose dengan French vanilla

5. Januari memperlihatkan awan berat yang melintang sampai ke hujung ufuk, seakan-akan ada latar runut bunyi Time oleh Hans Zimmer.

6. We're still young. I'm sure we'll be fine. You will be fine, kata dia.

7. Nombor 6 datang seperti hantu yang menakutkan. Sesuatu yang bersifat temporal, tetapi menginginkan objektiviti dalam separa sedar mencadangkan kita supaya memenanginya. Dalam ketika telah longlai dan lemah, ada dualiti tujuan untuk bangun semula dalam melayani ego sebagai sebuah kontijensi.

8. Untuk berada hampir diputingbeliungkan, non-directive dalam gejala oxytocin yang terkirakan.

9.. We've been discussing souls.