2/23/2017


1. Saya percaya akan sentiasa ada pra-kondisi pada setiap sesuatu. Menebak pula, walaupun sekadar tebakan, barangkali fikir saya seharus adalah sifatnya peribadi. Dan misalnya memulakan perbualan kali pertama tentang estetika warna dan corak tudung mungkin adalah tidak sesuai walaupun sejauh mana terbuka perbualan itu. Saya belajar sesuatu hari ini

2. Di dalam sebuah ruang bilik dengan bau bancuhan kopi pelbagi jenis, Lelaki Perancis itu mengulas secara tidak langsung tentang konseptualisasi kerja-kerja Bourdieu. Lelaki tua berasal dari Bahau, Negeri Sembilan telah pun menaiki puncak kelas sosial itu pula memerhatikan saya daripada meja paling belakang (mungkin sejak seminggu lepas dia terselak Bourdieu). Kami semua berada di dalam lapangan idea mental yang sama. Dan lelaki tua itu secara literalnya sedang tersengih-sengih di ambang pintu budaya kelas menengah (atas?)-- cuba mempelawa saya masuk.

3. Such a class, such a distinction.

4. Beberapa berita kurang baik daripada bakeri kegemaran.

5. Seminggu ini, saya bermimpikan telah membunuh orang, melihat beruk berwarna putih dan dipatuk ular. Mungkin ingatan separa sedar saya setelah penat menjalani sosial, mungkin juga terkait hal metafizik. Akan cuba merawat diri sendiri, walau apa jua maknanya.




No comments:

Post a Comment