2/11/2017
1. Kamu masih lagi adalah sebuah idea tentang estetika kelas pertengahan, kenaifan humor semulajadi dan dimensi hedonisme yang kelihatan memikat-- daripada sisi perspektif sebuah pena'akulan tidak rasional-dreamy-intoxicated. I am aware of that.
2. Kerana hidup, secara literal terlalu berkeinginan kepada minuman latte dengan cawan bersaiz venti. Mungkin ini yang dikatakan, kebahagiaan hasil konstruk budaya.
3. Wahai saudara-saudari di internet, tidak lelahkah kalian?
4. Kenderaan empat tayar, bersesak selepas jam lima sambil mendengar bebelan siaran radio bahasa Inggeris tempatan tentang wacana ekonomi politik (?).
5. Setelah sekian lama tidak singgah ke bakeri kegemaran, saya pergi ke sana tempoh hari, untuk berbual bertanya khabar kepada pemiliknya, suami dan isteri. Sering dia menyenangi saya untuk berseloroh tentang pelbagai hal, cuma kali ini dia lantas menarik kerusi dan duduk di meja kegemaran saya-- isyarat bahawa saya perlu untuk duduk sama.
"Den masuk hospital, anak den pun masuk hospital" kata dia. Dahi saya berkerut, saya lanjutkan bertanya.
"Den sobab jantung, anak den, dio ada macam ketumbuhan, den ghaso sikit lagi nak kanser". Si isteri tiba ke meja, dahi berkerut-kerut menambah lagi butir-butir pada saya.
"Que sera-sera, orang kata whatever will be, will be" kata si suami.
6. Hari itu terlalu roller coaster untuk saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment