3/06/2017

Maret


1. Max Weber, huruf W adalah dengan sebutan huruf V.

2. Tidak ada grand narrative, kata lelaki berusia separuh abad yang saya baru kenali itu. Dia mengeluarkan telefon, dan menghulurkannya kepada seorang akademik-doktor medikal-pengetua kolej kediaman Universiti Malaya. Boleh tolong ambilkan gambar kami? kata dia sambil meletakkan cawan kopinya mampir pada saya.

Kespontanan yang buat saya rendah diri, dan pada masa yang seakan telah menyakitkan hati orang lain.

3. Lima minit pertama hari sebelumnya: berkenalan dengan berbincang deconstructionism dalam Islam.

4. Pengetua kolej kediaman kebiasaanya adalah orang yang kejam-- watak jahat dalam universiti. Saya boleh lihat riak muka kejelikkan.

5. I am not an interesting person, it just that you met me at an interesting time.

6. "Ni artis ke?".

7. Nombor (6) adalah punca nasi campur jadi mahal.

8. Jangkaan kepada sebuah kebolehan melakukan pendawaian lampu rumah, membetulkan sinki tersumbat, atau bertukang. Percayalah, semua lelaki ingin tiba ke situ. Cumanya, mereka berada di ruang yang tidak tepat untuk terjun kepada sebuah pengalaman yang membentuk apa saja set kemahiran atas nama seorang lelaki.

9. Perlu jadi kaya untuk beli mesin espresso.

10. Of catlessness.

No comments:

Post a Comment