2/01/2017

Feb



1. Saudara, terlupakan saudara pada the autonomous self?

2. Tempoh hari sewaktu saya bersyarah (membebel?) selama setengah jam tentang sesuatu yang sosiologikal, doktor perubatan itu sekadar membalas, kau nak mati muda ke fikir berat-berat ni?. Saya tidak ingat butir selepas itu, yang pastinya adalah saya bersungguh-sungguh minta maaf.

3. Mengeluarkan diri daripada terpenjara oleh pancaran-pancaran imej realiti yang mencadangkan keterikatan kepada ketuanan emosi yang spontan.

4. Teh Dilmah perisa rose dengan French vanilla

5. Januari memperlihatkan awan berat yang melintang sampai ke hujung ufuk, seakan-akan ada latar runut bunyi Time oleh Hans Zimmer.

6. We're still young. I'm sure we'll be fine. You will be fine, kata dia.

7. Nombor 6 datang seperti hantu yang menakutkan. Sesuatu yang bersifat temporal, tetapi menginginkan objektiviti dalam separa sedar mencadangkan kita supaya memenanginya. Dalam ketika telah longlai dan lemah, ada dualiti tujuan untuk bangun semula dalam melayani ego sebagai sebuah kontijensi.

8. Untuk berada hampir diputingbeliungkan, non-directive dalam gejala oxytocin yang terkirakan.

9.. We've been discussing souls.




No comments:

Post a Comment