10/27/2016

We are young heartache to heartache we stand


1. We are young heartache to heartache we stand.

2. Saya tidak tahu pergi kemana fikiran-fikiran yang ingin ditulis disini hilang.

3. Mungkin ianya hilang setelah renungan panjang tamat, sesuatu perasaan seakan-akan selepas menangis, insaf dan ingin membuat sesuatu terhadap hidup sendiri.

4. Bagaimanapun, setiap hari apabila menemukan perbualan dan kata-kata yang sarat melampaui kemampuan diri, pengalaman yang berbatas dan konsepsi analitikal yang hampir dangkal-- saya tidak mampu menemukan jalan kepada nombor 3.

5. Dalam sebuah bilik mesyuarat, duduk dalam kalangan wanita sebaya dengan umur emak saya, wanita berkerjaya dengan pangkal gelaran akademik, melihat tanpa ihsan ke arah saya, seorang lelaki muda. Dan apabila mereka bercakap-cakap dengan mikrofon tentang bahasa birokrasi yang saya tidak faham, malah memikirkan dengan sungguh-sungguh tentang tingkat jalan akademik sebagai urusan kerjaya dan sebaliknya saya dengan kemampuan paling sederhana memikirkan seberat-beratnya untuk menyelesaikan masalah dunia. Sudah tentu, mereka buat saya bengang.

6. Anak-anak anda mungkin offshore engineer, tetapi fikirkan sesetengah golongan luar bandar, mereka yang berada di tahun pertama universiti, mengharapkan sebuah kebijaksanaan pada zaman ini, ingin menambah nilai daripada lingkaran fikir asal, mungkin dalam usaha menuju tingkat kelas ekonomi baru dan anda telah berlaku tidak adil kepada mereka. Mereka, buat saya dua kali ganda bengang.

7. Untuk mengingatkan diri supaya bertenang atau saya akan berakhir sakit selepas pergelutan ini.

8. Dalam nota yang lain, semalam adalah kali pertama saya membeli confectionary di Aunty Anne's. Kekaburan membuat pesanan, dan sengihan daripada pembantu kaunter. Tapi sekurang-kurangnya saya menyebut parmesan as pármežan. Saya patut menang dalam transaksi ini.

9. Pernah seorang kawan, apabila ditanya teman wanitanya hendak perisa(?) yang bagaimana, dia cuma balas, yang macam hari tu.

10. Saya sedang minum overpriced coffee di tempat berkumpul keluarga kelas menengah Bandar Baru Bangi setelah hari yang melelahkan dan menyedari sedang dihukum sumpahan konsumerisme dan budaya kelas.


No comments:

Post a Comment