10/31/2016

Oktober telah tamat


1. Kelapangan masa bukanlah sebenar-benar nikmat. Hujung minggu misalnya, menghala kepada sebuah ketidaktentuan cara untuk masa lapang tersebut dihabiskan. Menyedari hari-hari sebelum menuju hujung minggu, kita terikat pada kehendak menyiapkan kerja atau cari wang lalu mengharapkan waktu lapang (atau juga illusi kepada kelapangan) sebagai sebuah kebebasan. Tidak. Ada lagi seakan-akan tidak terpenuh.

2. Sesuatu tentang ego untuk tidak pulang ke rumah orang tua. Mungkin kerana mengetahui niat orang tua yang terlalu kasihankan seorang anak dengan gelut-gelut kota.

3. Sudah tentu saya gembira untuk kawan-kawan yang dapat escape the vicious economic cycle. Dan malah, saya pula sungguh-sesungguhnya mempedulikan nasib mereka melampaui nasib diri sendiri. Mendengar perkhabaran daripada mereka, mendapat kerja, membeli rumah, bertunang atau niat hendak berkahwin adalah sesuatu yang menenangkan saya.

4. Kata seorang teman wanita kepada rakan rapat saya, if anything, you got us.

5. Suatu perasaan apabila terlalu memikirkan hal-hal/kerja-kerja yang ditunda, untuk duduk dan mula menulisnya adalah melelahkan.

6. Of wanting more but too tired to ask (from self) for it.

7.

8. Now, comfort me.

No comments:

Post a Comment