9/16/2016

"Not here, not quite there : living at the intersections of social class"


1. Hedonisme mengikut upper middle class context.

2. Apabila coke dan air mineral setiap satu bernilai lima ringgit, dan kita masih bertimbang untuk kesan makna dan kepuasan selera dalam memilih satu daripada kedua-duanya. Dan itu misalnya, menyebabkan kita menanggapi diri bagaimana untuk ditanggapi ketika memegang tin coke dalam kalangan peminum bir. Akhirnya, coke atau bir cuma pilihan air yang kita minum dan diberi justifikasi ketika meminumnya.

3. Saya tidak memiliki ketinggian normatif untuk dilihat sebagai alpha. Pada satu sisi, ini adalah menyedihkan.

3. Ketika sebuah pandang pertama yang memberikan renjatan adrenalin, ada renungan mata yang menduga oleh subjek amorous dan saya nampak dilated pupils. Kesan tindakbalas kimia badan untuk memperlihatkan bahawa dua orang sedang berada dalam satu dimensi yang sama. Tapi biologi tubuh sekadar mencadangkan sebuah konseptualisasi terhadap konsep yang ideal (daripada beberapa jenis ideal yang lain--pada ruang waktu yang lain, physically, socially atau culturally) dan akhirnya keputusan adalah berdasarkan pemilihan seksual atau semula jadi yang intuitif. Dan lima saat pertama itu, cumalah cadangan biologi untuk dipertimbangkan.

4. Ada kesan akibat yang terkira untuk sebuah hai kepada perempuan Melayu dengan wajah Pan-Asia yang agaknya daripada Kota Damansara. Untuk itu, saya tiada masa.

5. Berdiri di dalam kalangan anak-anak modal buatkan saya perlu dekonstruk semula kebudayaan popular.

6. This just in: tajuk blog post yang terkini adalah arahan daripada perempuan alpha.

7. Explaining beta berbintang Leo (illustration oleh yours truly):



8. Masih (lagi) lelaki pinggir bandar anda.

2 comments:

  1. Jika wanita tersebut alpha, suami dia bagaimana pula? mohon saudara memberi jawapan untuk pertanyaan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai suami yang alpha (juga) kepada perempuan alpha! Sekawanan lakibini alpha, wow oh wow!

      Delete