9/26/2016

The social limbo


1. Perempuan muda yang sodok rambut sebelah kanan (sahaja), dan saya menemukan diri sendiri tertarik pada sesuatu yang interestingly wrong.

2. Saya ada masalah dengan middle-class parenting hood context yang sedang cuba pukul rata, bercakap tentang diri yang (dirasakan) ideal di depan khalayak yang bertepuk-tangan pada liberalisme tanpa memikirkan naratif ekonomi rakyat Malaysia. Keluarga Melayu yang hidup bertutur bahasa Inggeris dengan budaya Melayu seperti dalam filem Yasmin Ahmad tidak boleh mewakili idea tentang keluarga rakyat Malaysia. Dan bercakap pasal politik kekeluargaan, tindakan anda mengahwini seorang yang bergelar Syed adalah sesuatu yang politikal, anak anda yang bergelar Sharifah adalah politikal.

2.1 Ruang pluralistik yang tersulam dengan idea kelas sosial yang (dominan) cuba mewakili makna kebenaran.

2.2 Ketidakseimbangan kuasa antara kelas sosial dan kecenderungan tidak peduli untuk kekal dengan naratif kekeluargaan yang struktural.

2.3 Memori berkeluarga adalah sesuatu yang boleh dikembangkan kelak.

3. Bak kata Ricouer, (memori) itu sendiri adalah sebuah pergerakan pusar menerusi episod-episod dan anekdot, membawa kita kepada siratan kemampuan yang hampir pegun tanpa usaha untuk menarik semula ingatan kepada sesebuah naratif. Di hujung kisah adalah untuk mewakilkan masa kini dengan masa lalu—dan dia menjadi orang yang menang (sentiasa).

4. Sedaya upaya untuk tidak bersikap pesimis terhadap setiap idea tentang diri, keinginan dan tujuan hidup orang lain. Cuma menyedari ketidakmampuan saya untuk menidakkan pesimisime orang lain terhadap yang lain-- dalam kita bergulir pertimbangan moral yang berbagai seringkali buat saya sedih.

5.  Hubungan-hubungan antara manusia, rahsia yang perlu disimpan, ingin saling percaya dan di sana kita lihat ada kejujuran yang selektif.

6. Beli buku baru tanpa memikirkan perlu hidupkan lesen memandu setelah hampir dua bulan tamat tempoh. Melihat orang ramai-ramai berdiri di tepi kon jalan yang berkelip-kelip pada waktu malam adalah mendebarkan. Prioriti, saya perlu ada prioriti.




No comments:

Post a Comment