9/13/2016

Accidental browser


1. Bahasa Inggeris saya bukanlah bagus sangat. Tapi saya keep it handy bahasa Inggeris yang berselang antara loghat utara atau Negeri Sembilan.

2. Hilang bilangan kiraan untuk keberapa kalinya beraya sendiri.

3. Dan ketika kita bersetuju demi bergegas untuk sebuah kebahagian material, itu maksudnya pada satu bahagian selain pada diri sendiri, kebahagiaan hadir hanya apabila kita mulai memberi. Itupun, sehingga kita tidak dinafikan oleh sesuatu kuasa seperti Tuhan atau takdir dengan hilang kudrat tubuh badan. Tapi bagaimana pula kalau kita dinafikan? Lalu definisi kebahagiaan yang bagaimana harus kita susun semula?

4. Untuk nombor 3, kalaupun makna kebahagiaan (buat  masa sekarang) adalah dengan memberi , saya akan terima. Dan itu adalah kerana saya cuba untuk tidak memandang rendah sebuah hubungan kekeluargaan atau cinta dengan materialisme. Ianya akan sentiasa dipertimbangkan tanpa ekstrim.

5. Dan juga semuanya akan berbalik kepada idea of self, sama ada ia akan menurut, terasa dicabar atau menyebabkan moral kita terpisah-pisah untuk sebuah tujuan.

6. Bercakap tentang sebuah expected intergenerational social mobility.

7. Bulan ini The Trees and The Wild, bulan depan Payung Teduh.

8. Mendengar Wild Horses versi Otis Clay.

9. Selamat hari raya Aidiladha is kind of dull. Or maybe it's just me.



No comments:

Post a Comment