8/07/2016

Nota Augustus tujuh


Lesen tamat tempoh dan yang tinggal cuma dua ringgit terakhir dalam hidup. Saya ketawa kepada diri sendiri dan perlahan-lahan, ketawa itu terhenti.

Saya tidak tahu. Barangkali dibalik setiap rasa dada yang mahu pecah, nafas ketenatan dan putus asa yang tidak pernah surut, ada keinginan yang tidak berdaya. Yang terlalu lemah, resah dan gagal dipulihkan. Dan ada kefahaman terhadap kedalaman yang tidak terpikul malah sering diuji saban kali oleh kesedaran diri dan pena’kulan yang terlalu sederhana. Manusia berbatas, dalam menuju apa cara pun, manusia 'kan sentiasa terlupa bahawa keabadian bukanlah tujuan.

Menemukan titik paling rendah, ketika kerungsingan segala hal tiba dan malam menjadi panjang untuk mengukur metafizik keberadaan hari-hari akan datang-- perut yang lapar, subjek amorous yang belum hadir, dan keberanian untuk mencari makna sambil memeluk takdir ketidakpastian.

Mungkin pesan paling dalam, ketika redam resah dan debar hati di malam ulang tahun kelahiran, Bertenanglah, selamat hari lahir wahai diri.

2 comments: