8/14/2016
All is well
1. Saya ke Hulu Langat untuk hadiri majlis pernikahan seorang sepupu yang sebaya dengan saya. Perjalanan jam tujuh pagi dengan motosikal, dan lampu-lampu kenderaan masih lagi sedang cuba untuk membelah kabus yang pekat menerawang liar. Orang kampung masih terpisat-pisat memulakan hari pada waktu pagi di hari hujung minggu. Sengihan kanak-kanak yang sedang memikul joran, gerak tangan orang membungkus nasi lemak dan jalan masih basah kerana hujan malam sebelumnya.
2. Di sebuah pekan kecil yang nyaman, gerai roti canai yang sederhana, teh tarik, pertemuan dengan orang tua saya dan ahli keluarga besar-- sebuah rendezvous yang manis.
3. Dalam suasana debar dan genting, mungkin berapa minit sebelum lafaz akad. Emak saya yang berdiri di sebelah kemudian beralih tempat, menghala ke suatu arah dan memperkenalkan seseorang perempuan muda yang dia baru kenal malam sebelum itu. Hai, ni lah anak mak long, dia kata. Emak saya, jarang sekali dia seperti itu. My mom is cute, I know (and of course there is an awkward self introduction after that).
4. Mungkin dari wajah saya, terlihat sesuatu yang seperti "saya terlalu sibuk dengan kehidupan yang lain, pengejaran makna dan cita-cita".
5. Menyedari beberapa hal, perkara yang hendak saya cuba buat adalah ironi yang tidak terbahasakan oleh ego seorang lelaki. Biarlah siapa pun dia, seorang aktivis pendidikan, pembangkang kerajaan paling kiri, sosok muda dalam perlawanan, ahli akademik paling intelek tidak ingin melihat dirinya di sebelah sebuah kontingensi makna baik dan kebenaran yang berlapis-lapis dengan ego dan kepentingan diri. Mereka, melihat saya sedang memperadukan hegemoni maskulin yang mereka bina.
6. Ada garisan halus untuk merungkai sebuah hakikat di antara kedua-kedua kutub makna. Walaupun pada saya, adakah ini kerja-kerja seorang feminis?
7. Saya perlu makan tengahari sekarang. Sesuatu yang seperti lauk fillet ikan Dory dua (atau tiga?) rasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment