8/02/2016

Sup Augie!



1. The “slow-gentle-don’t-do-this-to-me” kind of patting towards ATM machine.

2. Kegagalan untuk mengekalkan atau memperlihatkan ketertarikan kepada hubungan manusia dengan manusia dalam sebuah ruang sosial yang statik, walaupun sebagai seorang lelaki hetero yang anda-tahu-apa-kebiasaan-lelaki-hetero-akan-lakukan.

3. The social animal-- of connecting and being present.

4. Saya putuskan pada waktu makan tengahari untuk minum kopi di bakeri kegemaran. Berbual santai dengan pasangan suami isteri yang mengusahakan bakeri itu seakan-akan mengingatkan diri sendiri kepada orang tua saya, pada kelembutan yang terlalu redha akan hal-hal yang melintang ke atas jalan mereka. Saya tidak tahu bagaimana perbualan kami menjadi hampir kepada genang airmata, suara yang mulai kejang pada ketika mereka berbual tentang saya, pada jalan saya yang sering gusar. Untuk seketika, saya bernafas semula. Namun, ketika mereka pula mula bersifir ketentuan yang entah apa bakal mereka jalani-- tentang kesihatan tubuh badan dan takdir material, saya pula tidak tahu harus bagaimana. Companionate love, sesuatu tentang companionate love, kata fikiran saya sambil berbagi tumpuan untuk melihat kedua-dua wajah mereka. 

5. Calculating what's left inside, to keep endure. I shall endure. 

6. Sebagaimana orang tua saya, mereka juga bersetuju dengan cucur bilis dan kuah kari yang berbaki dari hari sebelumnya. Suatu kebetulan yang perlu dirayakan.

7. Saya perlu menulis semula dalam jurnal peribadi. Ada period di dalam sesuatu tahun dimana saya berhenti menulis disitu tanpa sebab, 

8. Well hello to my faculty of reasoning, how are you today?







No comments:

Post a Comment