11/18/2015

181115


1. Bermimpi sesuatu tentang Southampshire.

2. Dalam sebuah bilik perbincangan, saya duduk di kerusi sebelah seorang lelaki tua. Seorang professor tua yang kuat berjenaka dan pandai berkata-kata, Seorang Indiana Jones semasa mudanya. Dia kurang sihat barangkali, kali terakhir jalannya bertongkat tetapi hari ini tidak. Orang yang duduk di hadapan bertentangan dengan kami bersuara, rahmat hari-hari hujan ya Pak Hassan. Orang tua itu tersengih, dia mengambil nafas dan telunjuknya mula terawang. Dia balas, kata tuan guru, bersabarlah atas segala dugaan, bersyukurlah atas segala rahmat. Baris pesanan yang kerap kedengaran tapi getaran suara lembut yang putus-putus bagi saya adalah sesuatu.

3. Sesuatu yang perlu sentiasa dalam ingatan, janganlah bergurau tentang hal-hal yang tidak kelihatan selepas tengah malam. Hal seperti tempoh hari berulang lagi. Adalah sangat meletihkan untuk berlawan pada waktu dinihari, dan membaca jampi berupa surah-surah yang panjang.

4. 55:34 dan diulang semula 55:36 buat saya tersentak.

5. Terima mesej Whatsapp: Jangan lost! Jual buku!

6. I start to define myself as a work-in-progress. And now, it has been weeks since the last anxiety attacks. Something that I found this morning, when in lost, read this.



1 comment: