11/06/2015

Nov and etcetera



1. Setiap hari menulis hal akademik sepuluh muka surat, mengeluh, sakit pening kepala demi wang. Rezeki tengah murah ni, kata seorang lelaki kepada diri sendiri yang menjalani kehidupan ala hedonis.

2. (Sengaja dipadam, and let it stay as unspoken hatred)

3. Kerana minggu lepas orang tua dari kampung hendak datang singgah ke rumah sewa yang saya menetap kini, saya mulai rajin mengemas bilik. Sebuah bilik dengan susun atur semak-seni-intelektual, well pseudocally. Di corong speaker, ada denting piano daripada Arcade fire, song on the beach. Melihat debu-debu halus yang terbang ketika disapu, buku-buku yang terlangkup diatas lantai, pintu berandah yang dibiarkan terbuka, langsir yang berayun-ayun, dan cahaya matahari menembus masuk--menyilaukan. Sepertinya ada dewi yang meniup udara nuansa ini. Kemudian saya jenguk keluar sambil tersenyum, dan saya tahu, pasti akan ramai manusia yang memberitahu sesama mereka, tentang petang itu, hari langit paling biru.



No comments:

Post a Comment