12/04/2015

Nov/Disember


1. Tentang hari minggu yang lepas, majlis perkahwinan di hotel, lagu-lagu dengan melodi perlahan, tentang membuat keputusan memilih orang yang betul sebagai pasangan hidup (dan selebihnya adalah nasib). Kita semua tahu itu.

2. Tentang kerja dan tempat kerja:

    2.1 Menaip semula minit mesyuarat sambil dengar set akustik Noel Gallagher.
    2.2 Nazrin zaidi telah dipelawa untuk outing sushi dan dim sum.
    2.3 My erractic scribblings VS my boss's erratic scribblings. Result, 1 :  1
    2.4 I don't think I can make it to Yogja in January.
    2.5 Sedang mencari penyelia tesis: On the idea of Malay masculinity.

3. Endorphins, Vitamin C and Testosterone, be with me.

4. Ada kesugulan yang menyambut berita-berita tentang kematian walaupun orang itu tidak dikenali secara peribadi. Misalnya, orang yang menjualkan kepada saya lima tahun lepas di sebuah acara kecil, buku sajak-sajak Rendra yang entah disimpankan untuk orang lain. Tak pa, ambil dulu, katanya dalam sengihan. Dan kali terakhir saya berjumpanya adalah pada bulan lepas, kami bersalaman. Benarlah, kematian adalah suatu realiti yang spontan.

5. "Namun tak ada lagi ghairah. Tak ada lagi letup-letup jiwa yang menggerakkan untuk hidup lebih berani, lebih bermanfaat. Ia menyerah."

No comments:

Post a Comment