9/09/2015

9/10


1. Empat hari tanpa perbualan dengan siapa-siapa buatkan kepala berdengung dengan lantunan suara sendiri dalam kepala. Sesuatu yang saya pernah lakukan tempoh dahulu. Kali ini, ada perasaan berang apabila membaca kata-kata pendapat atau komentar sosial yang mengada-ngada di muka skrin. Dan saya amat bagus untuk mula mencari pasal cumanya saya malas dan merasakan diri sendiri sangat jelik untuk memulakannya.

2. Dalam tiga hari, saya cuma makan nasi sekali. Di kedai menjual nasi ayam penyet berdendang irama dangdut dengan unsur nasihat, sesuatu yang seperti liku-liku cari nafkah, namun jangan berkecil hati, jadilah manusia sakti. Dalam keadaan separa tersenyum, saya suapkan nasi ke mulut. Paling nikmat yang Tuhan jadikan.

3. " Anak merantau-- sakit demam, jatuh luka, sendu jiwa semuanya sendiri-sendiri"

4. To grow old, run a bakery with my wife, and wear crocs.

5. Tentang rak buku atau cadar baru (dan juga masalah kewangan).



No comments:

Post a Comment