10/01/2015

Bangun, September telah tamat.


1. Setiap lelaki keturunan India agaknya menginginkan seorang anak lelaki daripada keturunan Melayu yang taat dan berbudi bahasa. Tempoh hari juga, saya masih lagi terkesan dengan cara seorang pak cik Punjabi yang menekap telapak tangannya ke pipi saya dan menepuk-nepuk, matanya menatap mata saya. Seperti dalam filem Hindustan, adegan seorang bapa menebar pesona kasih kepada anaknya. Seperti dalam filem.

2.Pulang ke rumah orang tua untuk sambut Aidiladha. Saya tahu mereka berbelanja lebih setiap kali saya berada di rumah. Tengah hari itu, selesai makan kemudian disusuli perbualan panjang. Tentang susur atur hidup saya yang saya cuba elak-elak bercerita sepenuhnya. Butir-butir topik yang tidak berhujung pangkal dan saya sekadar menyebut akan usaha untuk membiaya kad insurans perubatan mereka, sensasi kehidupan akademik yang ingin dijalani, dan hendak menyimpan wang bagi membeli sebuah kereta kancil terpakai. Air muka kedua-dua orang tua saya menjadi kejang, nafas yang ditahan serta anak mata yang menyembunyikan perasaan. Saya bangun dan pura-pura membuka peti ais. Tindakan yang langsung memberikan ruang untuk diri sendiri dan orang tua saya menghela nafas panjang yang sarat dengan keinginan untuk berdoa.

3. Walaupun (agaknya) ditanggapi sebagai lelaki beta yang cuma cadang-kadang bersuara, saya tetap merasa bahawa saya menjadi ancaman kepada lelaki alpha. Ada yang tidak senang duduk, ada yang meninggikan suara atau berjenaka kasar untuk memperlihatkan dominasi. Tetapi seperkara yang mereka perlu tahu tatkala saya mula bersuara, I speak louder than love. Kot.

4. Kata sebuah pasangan kekasih yang belanja saya makan malam: you nampak kurus, sakit ke?

5. Hello, saya ni kampung boy je. I have nothing to offer you, saudari.





2 comments: