8/15/2015
Quarter-life
1. Entah agaknya kali ini, Augustus melawan Nazrin zaidi.
2. Saya dan teman sebilik telah bersetuju walaupun tanpa pengakuan verbal untuk menetapkan batas gurauan pada waktu malam. Kerana sekiranya tidak tetap batasnya, saya akan jadi saksi melihat dia separa meracau dan saya tidak mampu lena terpaksa perang jampi dengan hal-hal yang tidak kelihatan. Sebentar saya semburkan al-baqarah, sebentar saya semburkan an-nas. Dan malam berakhir dengan tubuh yang letih dan saya hanya mampu mencuri lena setelah waktu subuh.
3. Apa yang meletihkan? soal saya kepada diri sendiri. Mungkin juga membaca tweet atau status facebook yang menjelikkan adalah meletihkan, melihat (so called) kolektif-kolektif seni/buku yang lapar dimaknakan atau mengkomoditikan buku juga meletihkan. Tapi akhirnya saya fikir, kenapa perlu saya berasa letih?
Each has his own (stupidity, phoniness, greedy opportunistic self). Berdiri diam di atas padang gandum, biarkan mereka terjun ke jurang. Holden Caulfield akan bersetuju dengan saya.
4. Umur-umur begini memenuhi undangan jemputan perkahwinan teman-teman menghadiahkan satu perasaan pahit-manis. Ianya barangkali sebuah cerminan ketidakpastian bagaimana acara ini akan dijalani diri sendiri suatu hari nanti. Kemampuan persiapan itu satu perkara, sama ada teman-teman akan menghadiri hari perkahwinan saya itu satu perkara yang lain. Mengutip kata-kata watak siri tv, whatever you do in this life, it's not legendary, unless your friends are there to see it. Mungkin akan ada teman-teman rapat yang bakal hadir atau mungkin tidak--terpulang, dan juga agaknya paling tidak pun saya akan terkilan sedikit pada yang tidak dapat hadir.Apapun, bukannya saya akan berkahwin dalam masa terdekat. Tetapi satu perkara buat saya terfikir, bagaimana dengan hari kematian saya? adakah teman-teman saya masih berkira-kira untuk datang berziarah atau tidak?
5. Sehingga terbawa ke dalam mimpi, akibat tidak punya wang di dalam simpanan, saya langsung tidak jadi membeli pisang goreng. Dalam kehidupan realiti pula, ada selipar putus, gelas jam tangan pecah dan jarumnya patah, membayar makan malam berupa nasi putih dengan telur dadar mengunakan wang syiling.
The struggle is real.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya juga suka Holden Caulfield :)
ReplyDelete