8/02/2015




1. Perjalanan panjang dengan motosikal mengingatkan saya kepada jalan-jalan kampung yang sepi ke arah pergunungan berapi di pulau dewata tempoh dahulu. Saat fikiran dibiarkan menerawang, perasaan celaru dan bahasa Indonesia yang separa karat sewaktu bertanyakan jalan.Tapi mungkin itu kali terakhir saya berjudi dengan ketidakpastian. Sesuatu yang saya rindu.

2. Kebelakangan ini, rutin (hampir setiap) hujung minggu, saya ke Seremban. Untuk bertemu teman-teman yang membesar bersama dari zaman anak kecil, orang yang sama, hal perbualan yang sama, tempat sarapan yang sama, taman tasik yang masih tidak berubah. Rutin-rutin kegemaran walaupun tanpa pengakuan bahawa ia sebenarnya membosankan tapi tetap dijalani dengan harapan-harapan akan bertemu dengan hal-hal yang membuatkan kemanusiaan hidup kembali.

3. Sesuatu yang seringkali berlaku ialah saya mudah menarik perhatian orang-orang asing yang tidak dikenali untuk memulakan perbualan pantas walaupun sewaktu menunggu lampu trafik bertukar hijau. Hal yang sentiasa mengesankan dan bakal saya tanggapi sedalam-dalamnya pada pagi hari Isnin di meja pejabat.

4. Escaping consciousness is, however, futile.

No comments:

Post a Comment