7/16/2015

Hujung Ramadan


(Ditulis sewaktu menunggu kereta api malam bagi perjalanan pulang ke rumah)

Ramadan kali ini berlalu pantas saya rasa untuk seorang yang  melakukan banyak hal secara sendiri-sendiri --rutin berpuasa yang tidak berada di rumah dengan keluarga. Pulang jam lima usai waktu pejabat tamat, kemudian ke bazar dan bingung dengan pilihan berbuka puasa, hendak makan apa, makan di mana dan lain-lain. Agaknya seperti juga hidup yang banyak dengan pilihan, tapi kita akhirnya langsung putuskan untuk langsung tidak memilih. Bagaimanapun, seringkali saya akan berakhir dengan  secawan tin minuman milo di hadapan kedai serbanika. Pada hari-hari seterusnya mungkin kuih atau roti mungkin sudah memadai. Dan setiapkali itu, tatkala hujung waktu maghrib saya kemudian mengagumi diri sendiri dengan rutin yang simplistik ini. Untuk hari seterusnya, ulang seperti hari sebelumnya.

Lagi tiga jam saya akan lihat wajah orang tua menyambut di stesen kereta api, mulai bersahur dan berbuka di rumah hari esoknya dengan baki beberapa hari di hujung Ramadan untuk dinikmati.

 Selamat hari raya, apapun.


No comments:

Post a Comment