Hal-hal iman, material dan seksualiti yang kita berburu setiap hari. Hal-hal yang terlalu ingin kita kutip satu persatu dan kumpulkannya ke dalam satu pinggan sebagai hidangan. Tentang erti penuh, sebuah hidangan lengkap.
Tetapi kemudiannya saya katakan pada diri sendiri. Pilihan kita tentang erti tidaklah sembarangan atau sekadar mencari makna yang mudah. Dan bila sahaja hambatan-hambatan ini melelahkan, saya seolah seorang penumpang dalam sebuah perjalanan panjang ke suatu kejauhan; yang sengaja meminta untuk turun dari kenderaan
Dan malam itu saya tersadai di gurun. Sendiri.
No comments:
Post a Comment