1. Pukul 1.30 pagi orang tak mampu nak bersenyum di lampu trafik. Masing-masing penat mengenderai nasib, mengenderai makanan. Setiap kali itu kau menadah halus nada kesal dan menguji yang rahman. Hujan renyai, hujan melebat. Bila ar-rahim mengetuk sampai, baru kau sendiri terderai, lebih lebat meluru air dari kelopak mata.
2. Hedon dulu, bayar kemudian sebenarnya memakan diri. Bukanlah fomo atau apa kejadahnya, tapi sekadar merakam zaitjis/semangat zaman. Sahabat kahfi pernah tenggelam tidur merentas zaman, kau pula menyakinkan diri mungkin inilah kerja-kerja sohibul waqtu. Yang empunya waktu.
3. Ideologi dalam muzik, ruangnya di dalam atau diluar sebuah permainan, yang ingin transendental atas nama kemanusiaan/manusiawi, canggih tapi lambat sampai. Kuat sangat melarut dalam diri dengan makna pembebasan.
4. Tidak setuju pada t-shirt hari ini hidup atau sekadar wujud sebagai statement di tanah perkuburan.
4. Orang baik-baik, memang takdirnya balik awal. Dia punya baik, macam kau menunggu dia akan hadir untuk acara pengkebumian ini kerana selalunya begitu dirinya kepada sahabat handai. Dalam mengelamun yang tersedar bujur kaku itu adalah mamat ni sendiri. Terima kasih Azhar jemput aku menyambut kau pada usungan keranda, rapat di sisi kepala, dapatlah aku menumpang cahaya.
No comments:
Post a Comment