2/10/2018
Kumpulan nota bernombor Januari-Februari
1. Commuting masuk ke ibu kota sambil dengar Glen Hansard- Didn't he ramble
2. Mungkin sesuatu yang menarik dan membuatkan saya tertanya-tanya sehingga hari ini bahawa ada junior satu jurusan (tiga atau empat tahun lalu?) yang saya tidak pernah kenal memanggil saya dengan gelaran Hasan.
3. Selepas menyiapkan pek makan malam menu korea untuk 60 orang dengan seorang mamat korean, saya pulang ke rumah membelah lebuhraya Nilai-Bangi-Kajang sambil tersengih. Mungkin benar, sepertinya saya membesar dan mewarisi keringanan tulang daripada orang tua saya.
4. Menuju akhir 20-an dan lebih banyak keinginan meredam menjadi sebuah arbitrari dan kekeliruan.
5. Dedikasi khas buat kakak-kakak di pejabat saya yang curi-curi baca blog ini: Terima kasih kerana membaca blog ini tetapi berhentilah baca apa saya tulis disini (haha!)
6. Saya sepertinya ada kemampuan untuk menyusun pasca trauma dengan spontan. Dalam samar-samar wajah orang yang tidak dikenali, menahan ingin muntah dan pitam, berkira-kira dengan persetujuan dan bertukar alternatif bagi medium komunikasi. Usai mencapai sebuah kesepakatan ringkas, barulah saya pejam mata berbaring dan menghayati suara siulan nyaring dan lampu kelip biru dan merah menyuruh membuka laluan jalan raya. Jam satu pagi, wajah-wajah jururawat muda yang manis menghadiri saya dengan menekap kapas yang terendam sodium chloride pada kesan luka. Awak ni tak hati-hati ke? si jururawat bertanya. Saya tak menjawab, cuma senyum kecil. Dia mendengus lembut dan mengakhirkannya dengan senyuman.
7.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment