8/28/2016

Hujung Augustus


1. Seorang penulis sajak dari Indonesia, atau mungkin bukan sekadar penulis tetapi juga ahli seni persembahan kerana cuba mempersembahkan bacaan sajaknya dengan mengecat mukanya putih dan membaluti tubuh dengan kain yang juga berwarna putih, Mesej terus adalah sebuah rintihan perlambangan dari sosok jenazah dan sebuah agama. Tapi saya tetap, dude, WTH?

Tuhan, aku telah mati, Tubuh yang telah hilang jiwa,
Kerana aku merindui masa lalu ku.


Lalu orang berduyun-duyun lah bersetuju dengan tanggapan sebuah seni yang undermining hakikat akhir sebuah agama (atau apa agama sekalipun)-- untuk melepaskan ego.  

2. Untuk pertama kali, setelah membaca tulisan Wan Nor Azriq di kritikus sastera tentang demo arca Syed Jamal, saya rupanya dapat melangkaui pemikiran seorang penulis-- yang sekadar itu-itu sahaja. 

3. Dalam kehidupan sebenar, ada beberapa kali pertemuan saya dengan penulis-penulis yang mempunyai nama di Malaysia. Walaupun tanpa perbualan atau cubaan membuat musuh, saya cenderung memikirkan, mungkin satu hari nanti saya akan jadi watak banal dalam novel mereka dan dibiarkan mati berulang kali. Saya dapat rasa vibe itu setiap kali. Tapi kalaupun telahan saya tidak seperti mereka fikirkan, biarlah saya pula dengan imaginasi sendiri menyeksa dengan meletakkan sarang kerengga di dada mereka (har har har).

4. Saya suka dengan idea seorang frontman sebuah band yang memperbodohkan khalayak pendengarnya-- yang mati-matian sucker for his music.

5. Pagi lagi saya ke lapangan terbang, menunggu orang tua dan keluarga besar di balai ketibaan. Mereka sampai daripada Terengganu kerana sepupu saya bersanding di sana hari sebelumnya. Datang bersendiri menaiki motosikal tanpa lesen memandu kereta, dan malah lesen motosikal tamat tempoh. Itu, bukan idea tentang fetching someone at the airport. Berulang kali saya membuat justifikasi ketika berdiri tercegat seorang di situ. 

6. Fikiran-fikiran di lapangan terbang.

7. Beberapa tahun lalu, di Ngurah Rai, Denpasar saya duduk di kerusi depan balai pelepasan dengan seorang wanita separuh abad yang hendak pulang ke Sydney. Kami berbual-berbual, penerbangannya telah ditunda dua jam. Sebelum meninggalkan saya dan menuju ke pintu pelepasan, dia kata pintu Melbourne dah dibuka dan saya patut pergi juga. Dia tak rasa ke badan saya terlalu kecil untuk kelihatan seperti orang Maori?


No comments:

Post a Comment