8/20/2016

---


1. Bagaimana seorang Muslim hendak menjawab dengan hikmah pada sebuah persoalan-- sekiranya Tuhan mengetahui apa yang telah terjadi, mengetahui apa terjadi pada masa kini dan melampaui masa hadapan seorang manusia, lalu apa yang sebenarnya Dia berkehendakkan kepada hamba-Nya?

2. Mungkin dalam pengalaman Malaysia, kritik terhadap Islam adalah demikian ianya terlalu ritual tetapi saya berpendapat bahawa agama dalam pengalaman Malaysia adalah sebagai penyambung tali-tali kognitif dalam masyarakat sebagai landasan kepada moral paling asas, tentang makna baik yang perlu dijalankan tetapi pada masa yang sama, makna baik yang cenderung sekali untuk korup dan saling canggah interpretasinya.

3. Dalam perbualan seharian dan topik perbincangan sebuah tesis; bagaimana masyarakat boleh maju adalah dengan tiga perkara, citarasa membaca buku yang bagus, menonton filem yang bagus dan mendengar muzik bagus. Lalu, sekiranya ketiga-tiga ini tiada, adakah masyarakat takkan mungkin maju dan tumpul selama-lamanya? Apakah mungkin ada sebuah kesedaran yang lain, misalnya sesuatu yang lebih positivistik-- mangkin daripada keingintahuan yang membuak-buak walaupun mungkin tanpa sebuah pergelutan kepada sebuah perenungan estetika (yang barangkali sekadar pop)?

4. Entah lah nak, kata suara hati saya setelah berbual sendiri.

5. On secret session jam (dengan kawan-kawan); mungkin saya tidak bermain dengan baik, sloppy dan tidak serius tapi ada kenikmatan dalam kesatuan bunyi yang sedang berusaha untuk mencadangkan sebuah transendentalisme diri, walaupun tidaklah sempurna. Apapun, terimalah sebuah rakaman yang iseng-iseng dan note progression yang berterabur--  Cobaan Buny



No comments:

Post a Comment