7/12/2016
Juli (ii)
1. Sudah tentu, kita masih perlu (sentiasa) curiga pada setiap mereka yang mengenakan kaca mata dengan bingkai seolah kelihatan substantial.
2. Anyway, Selamat hari raya.
3. Forcing a typical orange tabby cat to sit like a scottish fold.
4. Saya pulang lewat untuk hari raya ke rumah orang tua. Mereka okay. Untuk pertama kali tidak peduli dan seolah-olah hari raya sekadar cuti umum yang selalu. Pagi hari raya dengan membaca buku yang serius tetapi bacaan dengan keinginan untuk tidak cuba memahami. Adakala memandang jauh di beranda, kehendak sepi yang paling dalam pada kemeriahan sambutan yang kini sudah tidak lagi. Saya cuma harap ini mungkin suatu fasa, harapnya juga bersifat sementara.
5. #Selfieraya dengan kawan-kawan.
6. Sedang makan mini bahalu daripada bungkusan plastik seperti roti yang sangat soggy.
7. Pagi hari ini saya mulakan dengan menghantar email dan kemudian berlari 2.5 kilometer sambil mendengar album Decorate oleh Yuna.
8. Endorphins dan pseudo-made of lies to my mind kind of oxytocin, sila kick in sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment