3/02/2016

Maret


1. Malam kelmarin mimpi saya berbunyi begini, ada seekor syaitan berupa manusia yang berbungkus kain putih menunggu di tepi tingkap. Saya kemudian bangkit dan berkata, aku nak bakar kau. Kami bertarung (atau bersilat?), saya sambil membaca Al-Fatihah (tindakan separa sedar dengan jampi syaitan yang direjam?), syaitan itu datang sambil ketawa terbahak dan lengan saya seakan rasa diketam tanpa sebab. Okay tak boleh jadi, I'm losing so I have to wake up. Woke up, and asking myself, what really went wrong?

Jam pukul 3.15 pagi. Saya tidur semula.

2. Hari ini dalam bulan Maret: Hantar email kepada semua bos bahawa mesyuarat dibatalkan, berenang di kolam mandi, mop rumah. Hari yang tenang.

3. Dalam nota yang lain, kucing Calico terlepas keluar dari rumah dan hilang. Apapun, 412 C Taman Tenaga telah menamakannya Fatimah (masuk Islam dan bermazhab Syiah). Setelah seminggu mendengar wacana Islam-marxisme, bahasa dan sastera serta mendengar muzik-muzik experimental, saya cuma berharap semoga dia akan menjadi kucing yang cultured.

4. On a serious note, I'm already broke and likely to about going into the wild.





       


No comments:

Post a Comment