2/05/2016

Februari


1. Suatu baris yang terlahir daripada separa sedar saya atau mungkin pernah diberitahu oleh sesiapa (tanpa sedar): Matamu adalah bak bulan. Dua matamu adalah bulan dua, bulan Februari, bulan cinta.

2. Infatuasi adalah hal-hal pantas yang mencadangkan sebuah keseluruhan (yang ideal) dengan pengetahuan yang terhad, hasil projection oleh image repertoire yang terbentuk daripada gerak geri sebuah susuk dengan latar belakang nuansa pop balada korea. Misalnya ketika membeli tiket keretapi, menekan butang mesin air atau membalas senyuman dengan garis mata yang letih. Setiapnya meninggalkan jejak untuk diteroka lagi, seolah melihat harapan yang tidak bersempadan, angan kepada sebuah kebahagiaan yang kekal bertahun-tahun.

3. Mungkin, memetik Oscar Wilde, uncertainty is the essence of romance. Funny, my uncertainties only lead me to nowhere today.




No comments:

Post a Comment