11/06/2013

Hai.


1.

Setelah sekian waktu tidak pulang ke rumah,dua bulan agaknya(malah tidak pulang berhari raya).Tengahari itu saya pulang menaiki kereta api setelah menunggu enam jam di kl sentral kerana tiket perjalanan semasa habis di musim perayaan.Bertemankan jus oren dan buku catitan,saya bunuh enam jam macam tu sahaja(petik jari).Perjalanan tiga jam ke rumah dan bakal menetap seminggu untuk meredakan lelah-lelah konon sibuk dengan tugasan semester.Dalam perjalanan,saya tak punyai pilihan lain dalam bahan bacaan.Bacaan dengan fokus yang tinggi untuk melihat konteks tugasan semester dalam sulalatus salatin.

2.

Adakala,saya memerlukan satu cuti rehat yang panjang.Atau sebenarnya saya tak perlu pun.Tetapi kesibukan ini buat saya hilang arah.Membaca malas,menulis pun begitu juga.Kerja-kerja ini takkan siap.Seperti kata Tariq ramadan,manusia ini berada dalam keadaan memerlukan sama ada keperluan dari sisi intelektualiti atau spirituali.Ketika saya menemukan rasa putus asa dalam memenuhi keperluan intelektual,fikir saya,berbahagialah mereka yang tak putus semangat mencari tuhan.

3.

Infatuasi yang berulang kali menemukan kematian.Kemudian,malam itu saya menjadi Neruda.


4.

Idea khalayak untuk pergi backpacking menjadi sangat overrated.Keluar berada di tempat orang,adalah untuk menemukan sunyi dalam bersendiri-sendiri.Dengan lebih islamis kata,taddabur alam.Melihat perkara-perkara kecil,untuk dihayati dalam keadaaan sedar--meraikan perbuatan alam.Mengembara bukannya semata-mata untuk pantai,makanan sedap-sedap serta berlagak kerana pernah berada di semua tempat dalam dunia.



No comments:

Post a Comment