11/09/2013

----



1.

Pikiran sewaktu di bawah pancuran air bilik mandi itu seolah-olah menyelesaikan.Hal yang rumit seakan ditemukan jalan.Melangkah keluar dari bilik mandi,ada optimisme yang terlahir.Tapi cepat saja ia mampus.Memetik bukowski,cepat seperti kabus pagi yang terhapus akibat selar panas matahari pagi.Rasa menyenangkan,tapi cuma sementara.

2.

Bersarapan dengan mak dan bual-bual tentang kenangannya.Dulu duit belanja tak de,bekal pun tak bawak masa sekolah rendah.Dekat rumah memang tak ada apa pun nak dibawak kata mak.Saya sibuk mengunyah,mengais apa yang dipinggan.Saya kembalikan pandangan kepada dia.Kata dia lagi,kalau dulu ada kawan bawak bekal nasi goreng dia akan kata,ehhh sedapnyaaa bawak nasi goreng.Saya cuma senyum pada lenggok percakapannya.Kami berbual lagi.Sarapan yang terakhir sebelum saya pulang petang itu.

Tangan capai senduk tambah nasi goreng,pusingan ketiga.

3.

Hujung minggu dan rutin yang selalu.Bangkit dari tidur dan naik train komuter awal pagi untuk bersarapan di Seremban.Bukanlah luar biasa sangat,cuma nasi lemak dan teh tarik lorong di tepi jalan.Di situ,ada satu perasaan senang bila saya duduk mendengar seorang tua cina bercerita jenaka kepada seorang lelaki melayu,melihat lelaki india yang tak pernah berat untuk membayarkan sarapan orang lain.Pekan ini kecil.Dengan bangsa apa sekalipun,bertegur sapa itu murah harganya.Tempoh perkenalan yang cuma selama meminum segelas teh tarik sudah cukup untuk kami saling tidak lupa bahawa kami pernah saling berkenal..


No comments:

Post a Comment