9/14/2013
Hasrat purnama ke sembilan
Sastera bukanlah seorang dewi sepertimana kata seorang intelek tua.Katanya lagi,bukanlah dewi yang dihantar untuk menghiburkan hati.Tidak kiralah membaca sastera lama atau moden,saya fikir sastera ada sisi yang meresahkan namun tetap membahagiakan.Kata-kata intelek tua bukanlah selalunya benar.Lama juga sebelum saya membuatkan keputusan,ini bukanlah benar-benar menongkah arus fikir saya.Lebih kurang seiringan dengan jiwa cumanya dengan pendekatan yang lebih klasik.Maka saya putuskan untuk masuk ke kuliah sastera dan mendalami hikayat dan prosa lama.Mungkin ini yang saya sebenar-sebenar mahu dari dahulu.Pensyarahnya prihatin,terutama pada saya yang datang dari bidang yang lebih kurang asing.Pada mata teman-teman kuliah,saya ini aneh sekali.
Melihat kepada teman-teman kuliah yang rata-rata kini di tahun akhir majoring dalam kesusteraan,ada yang tersengih-sengih sambil tergaru kulit kepala yang tidak gatal.Tugasan semester untuk kuliah ini bukan sebarangan.Dengan laporan seminarnya serta esei panjang,saya fikir tuhan turunkan sastera barangkali untuk menghukum mereka-mereka ini kerasa dosa-dosa lampau.Giliran saya melihat setiap mereka,rasa mahu tersengih tapi saya tahankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kahkahkah!
ReplyDelete