4/19/2013
Hello,mimpi lagi.
Bola mata si dia entah pandang meliar ke mana.Riak mukanya jelas sedang berpura-pura runsing,dan sengaja dia gelembungkan pipinya dengan udara yang dikumpul di dalam mulut.
What do we call it? kata si dia sambil ibu jari dan jadi telunjuk dipetik-dipetik.Dan baru sekali ini mata hitamnya meleret ke sudut paling tepi untuk sedetik melihat si lelaki--melihat tetapi tidak ingin.Si lelaki merenung sedalamnya bukaan mata yang separa itu.
Entah,tak tahu.Balas si lelaki sambil tersenyum lalu menjungkitkan bahunya.
Dan kemudian si dia geram.Dengan muka cebiknya,dengan kedua belah tangan yang mencekak di pinggangnya.Tetapi tetap,dia mahu perbualannya dengan si lelaki itu ada terus--sentiasa ada.
Dia mahu terus bertanya soalan.Masih berbukit-bukit kuriositi pada si lelakinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment