4/16/2013

Dari penulis Jepun kegemaran.


Umur perkahwinan lelaki itu dengan perempuannya baru sahaja dua minggu.Petang itu mereka makan malam awal,dan masuk tidur sebaik pukul 9.30 malam.Tetapi kedua-kedua mereka terjaga serentak pada waktu tengah malam dan masing-masing terasa lapar yang paling maha.Si lelaki bangun dari tempat pembaringannya menuju ke dapur dan membuka peti sejuknya.Si isteri kemudian mengikuti jejak si suami dan duduk di meja makan.Lelaki itu mengeluh melihat ke dalam peti sejuknya kerana yang cuma ada adalah bawang besar,mentega dan bungkusan deodorizer.Si isteri masih lagi duduk di meja.Dingin sahaja kelakuannya.

"Isteri ku.apa mahu mu kalau aku tumis ala perancis dan hidangkan dengan deodorizer?" kata lelaki itu ke arah isterinya.Si lelaki itu mengagak humornya tidak dilayan si isteri,dan memang pun.

"Ayuh bersiap dan naik kereta dan kita bisa saja makan di kedai yang dibuka sepanjang malam" si lelaki beri cadangan.

"Kita tak boleh,kau tak sepatutnya keluar makan selepas tengah malam" si isteri berkata.Dia agak konsevartif.Jadi jawapannya tidak,lelaki itu mengeluh.

Jadi mereka berdua minum bir yang ada.Ada enam tin semuanya.Si lelaki minum empat,dan si isteri cuma mahu kan dua daripadanya.Si isteri bangkit dan menyelongkar ke dalam gerobok almari.Ada tinggalan biskut di dalam bungkusan.Lemau kesemuanya.Mereka bahagikan dan mereka makan bersama di meja makan itu.

***
Kelaparan mereka sungguh menduga.Si lelaki berbicara tentang masa lampaunya.Tentang bagaimana dia dan teman lamanya pergi menyerang bakeri.Mengambil segala roti-roti di dalamnya tanpa membayar.Dan sejak peristiwa itulah segalanya berubah.Peristiwa itu telah menerbalikkan hidup lelaki itu.Serangan itu bukan sebenar-benar serangan.Ianya lebih kepada satu bentuk persetujuan.Pemilik kedai itu cuma mahu si lelaki hanya mendengar lagu klasik yang durasinya tidaklah lama dan sekiranya dapat dia dapat mendengarnya sehingga habis,semua roti boleh diambil percuma.

Semua roti lesap dibawa lari si lelaki dan temannya.Dan setelah sekian lama rasa bersalah kemudian menghambatnya dari belakang.Lagu itu menghantui,padahal lagu itu bukannya apa-apa.

"Sejak dari itu,segalanya berubah.Aku kembali ke universiti dan bergraduasi,bekerja untuk firma,menemui dan mengahwini mu.Aku takkan melakukan perkara itu lagi.Tidak ada lagi serangan ke atas bakeri" kata si lelaki.

Ia satu semacam suatu sumpahan,sambung si lelaki lagi.

Begitu saja akhirnya? celah si isteri.



***
"Kita baru sahaja hidup bersama selama dua minggu" si isteri berkata dan menyambung "Tetapi aku dapat merasakan kehadiran suatu perasaan yang pelik"

"Sesunguhnya aku tidak mengetahui ia adalah satu sumpahan sehingga sebentar tadi.Kamu telah disumpah"

"Ia bukanlah sumpahan,mungkin sekadar perasaan aku" balas si lelaki dengan senyuman.

Si isteri dingin.

"Baiklah,katakan ia memang benar-benar suatu sumpahan.Apa yang aku boleh buat tentangnya?"

"Serang bakeri yang lain.Sekarang.Cuma itu caranya."

"Sekarang?"

"Ya,sekarang sementara kamu masih lapar.Kamu harus selesaikan apa yang belum selesai"

"Tetapi sekarang sudah lewat malam,masih adakah bakeri yang masih terbuka sekarang?

"Kita akan cari"

***

Kami masuk ke dalam kereta dan terus meluncur ke jalan raya mencari bakeri yang masih terbuka.Menjulur ke sisi kerusi ku adalah selaras senapang patah remington.Bagaimana isteri ku memiliki senapang patah tidak ku tahu alasannya.Begitu juga dengan topeng ski.Antara kami kedua-keduanya belum pernah bermain ski.Dia tidak menjelaskan,dan aku pula tidak bertanya.Mungkin ini lah kehidupan selepas berkahwin,aku rasa.

Kami menelusuri jalan-jalan yang sunyi pada waktu malam mencari bakeri yang masih terbuka.

"Sudahlah,lupakan" "Tidak ada bakeri yang buka hingga lewat malam"

"Berhenti!"

Aku tekan brek.

"Ini dia" kata si isteri.

Jalan itu cuma gelap.Di hadapan kami cuma ada lambang Mcdonald's yang terletak dua ratus kaki jauhnya,tidak ada benda lain.

"Aku tidak nampak sebarang bakeri" kata ku.

Tanpa sebarang kata,dia keluar dari kereta dan keluarkan pita pelekat dan melutut di depan kereta menutup nombor pendaftaran kereta.Dan kemudian dia ke belakang kereta dan lakukan benda yang sama.Langkahnya yang effisien itu cuma aku perhatikan.

"We're are going to take that Mcdonald's"  kata si isteri seperti sahaja dia mengumumkan hidangan apa yang kami akan makan untuk makan malam.

"Mcdonald's is not a bakery" kata aku sambil menuju ke arah kedai itu.

"It's like a bakery" katanya."Sometimes you have to compromise.Let's go"

"Perlukah ke kita buat semua ini?" soalan itu aku tanyakan dengan tujuannya separuh untuk isteri ku dan separuh lagi untuk diri ku sendiri.

"Tentu saja,kita perlu" balas isteri ku.


Nota:Lebih kurang dari cerpen yang asal.Sekadar olahan yang ada di permukaan.Tapi bagi saya cukup comel.



2 comments:

  1. apa tajuk buku? writer?

    pernah baca karya sastera lama jepun.... junichiro tanizaki?

    ReplyDelete
  2. The elephant vanishes,haruki murakami.

    tak pernah,tapi nampak menarik untuk dilihat.

    ReplyDelete