4/11/2013

Cuti tengah semester




Bukanlah dirancang dengan bersungguh-sungguh.Cuma pastinya sesak-sesak dalam kepala ini harus berhenti.Sekurangnya untuk seketika.Malam April,saya ambil satu tiket sehala ke utara.Pergi berseorang.Alahai,pulau pinang je pun.

Jadi semalaman dalam perjalanan keretapi tengah malam.Dengan perasaan bercampur-campur antara mahu bernostalgik dengan perkara-perkara yang sesakkan kepala dan rasa lapang sewaktu gerabak meluncur(menggegar).

Saya ini bukan lah orang yang rajin bertegur sapa.Tapi terlalu kurios dengan orang asing( yang mungkin pernah terjumpa/terselisih),ringan juga mulut mahu bertanya.Jadi saya mula lah dengan baris ayat paling klise "Kita pernah jumpa ke dekat mana-mana?".Lama juga saya fikir untuk gunakan atau tidak ayat yang macam ini.Tapi sekurang-kurang ianya paling relevan untuk dituju pada seorang lelaki.Kalau pada perempuan,nanti dituduh mahu flirt pula.Orang yang duduk di kerusi sebelah mahu ke Kulim.Kami pernah berjumpa.Patutlah.


Jadi siangnya sebaik sampai saya terus berburu buku di pasar chowrasta.Merayau ke dalam isi bandar pulau pinang.Makan nasi kandar yang paling terkenal,dan samosa paling sedap.Petangnya hampir menjelang senja,saya ke pantai.Duduk-duduk di sana,melihat orang sambil membaca bahan yang ringan-ringan.Ya tak lupa juga,berdialog dengan diri sendiri.


Malamnya saya merayau-rayau mencari pengalaman.Ketika sedang leka merayau di tepi jalan,berulang kali saya meneguhkan pedoman supaya kuatkan diri bila diganggu lelaki yang mencabut penisnya sendiri.Biarkan mereka dengan alat sulit baru.Kemudian ada suara yang memanggil saya.Berderau juga.Dia kepala samseng sebangsa dengan saya tiba-tiba menunjuk tatu di lengan kiri.Mulutnya semerbak bauan alkohol.Diajaknya saya berbual.Hebohlah dia bertanya khabar,bertanyakan asal usul saya dan saya mulalah berbohong sedikit sini dan sana.Kami gelak-gelak dan sampai satu tahap saya sendiri tak boleh kawal hala tuju perbualan maka saya minta diri untuk beredar.Dia minta supaya dibelanja minuman,saya tanya mahu minuman apa dalam reaksi konon-konon bergegas masuk ke kedai serbaneka kerana dalam fikiran saya orang tua separuh abad ini mungkin okay kalau minum minuman cola atau kopi sejuk dalam tin.Dia mengeleng keras.Akhirnya,saya belikan dia bir.

Sebaik menghilangkan diri dari pandangan dia,saya ke gerai tepi jalan dan minum susu lembu segar sebelum balik ke rumah tumpangan dan setkan pendingin hawa pada suhu paling sejuk.

Hot shower and cold duvet.

Kombinasi yang awesome setelah berdepan dengan pengalaman yang mendebarkan.





4 comments:

  1. lelaki yang mencabut penisnya sendiri? tertanya2.....oh pondan...

    ReplyDelete
  2. ke Utara secara bersendirian adalah satu hal yang sangat-sangat aku mahu lakukan. harap akan terjadi satu hari nanti.

    oh ya, berapa tiket keretapi dari KL ke Penang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pergilah ke mana pun,yang patut dicuba/dilakukan adalah pergi bersendirian.

      34 ringgit semuanya.

      Delete