1/14/2017

Januari


1. Kawan-kawan bertandang ke rumah di hari Ahad minggu pertama tahun baru. Saya sediakan sandwich telur, and stuff. Mengemas rumah, membasuh cawan di sebelah malam adalah perkara yang lain. Meletihkan, of course.

2. Gambar diri sendiri kegemaran tahun 2017 (buat masa sekarang).



3. Keterbatasan. Setiap kali berakhir hampa, kesalahannya adalah atas manusia demikian kerana kegagalan manusia mengawal hidupnya sendiri. Menjadi manusia terlalu rasional adalah merunsingkan. Rasional kadang kala bukan pilihan kita. Sebagaimana mana kita ingin cuba toleransi walaupun tidak sepenuhnya pada sebuah hasil yang diusahakan sederhana, tetapi mereka tidak ingin. Mungkin kedengaran seperti hidup dalam fikiran orang lain, tapi itu mungkin saya.

4. Kata seorang kawan, kami seakan-akan menemukan kunci. Seakan-akan tahu, setiap kutukan, setiap hujah pendapat itu berangkat daripada lapisan mana. Kami pernah telusuri lapisan itu, dan tidak berhenti di situ. Kebenaran yang sifatnya menunda-nunda. Rahmat Tuhan yang datang dalam bentuk sebuah autodidacticsm.

5. Melihat orang yang lebih terdahulu menguasai wacana, mengatur naratif moden dalam kepuraan-puraan beriman kepada kebenaran.

6. Sekuat mana kita ingin membentang naratif moral sendiri dalam lapangan ini, ada garisan halus antara untuk mengenyangkan ego sendiri dan melakukannya demi rasa empati. Dalam perjalanan untuk sampai ke tujuan, kita perlu melayani ego orang lain sebagai momentary play. Kadang-kala kita teragak-agak dan tidak mahu play along kerana ketidakjujuran yang mudah dibaca. Melihat ego orang lain adalah perlawanan dalam diri sendiri.Saya cuma berharap, kesalahan saya meletakkan seluruh jiwa pada rasa empati dan bersedih kerana ketidakmampuan menegakkan naratif moral ini disambut Tuhan sebagai sesuatu.

7. Melihat kawan-kawan yang baru berkahwin menemukan ontologi baru untuk mengenalpasti sebuah konstruk intimasi dalam perhubungan mereka. Seperti sebuah axiom, hidup dengan seseorang tidak akan pernah mudah.

8. Because I won't live long enough untuk cakap " I'll get us furniture and cat" dan melihat konsekuensi bahawa ada sesuatu yang lebih daripada itu dalam sesebuah perkahwinan.

9. Tuhan tak izin is a strong word.

No comments:

Post a Comment