7/02/2016

Juli


1. Hidup saya bersentuh dengan pengalaman berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak bersama tokoh intelektual, tokoh far-right politics, tokoh perlawanan dan juga kesusasteraan/penulisan.

2. Mereka adalah golongan yang menggalas beban sejarah tersendiri dan saya percaya terkandung sebuah tanggungjawab moral.

3. Suatu malam di sebuah pelancaran bukunya sendiri, Affandi Hassan misalnya mungkin dengan sengaja tidak mahu hadir dan menjemput Hishammudin Rais serta Dinsman bagi melancarkan buku tulisannya. Semua orang terpinga-pinga kerana tidak pernah seorang pun bertemu dengan sebuah sosok Affandi Hassan. Dan kata Dinsman yang mengaku sendiri, mungkin betul, barangkali dia dijemput secara sinikal. Affandi Hassan adalah seorang penulis yang nakal.

4. Malam semalam saya dan kawan-kawan lepak minum teh bersama Hishammudin Rais. Sebuah sosok penting sewaktu Reformasi 1998 dan lelaki yang berorientasikan seks songsang cuba untuk scouting anak-anak ikan perjuangan.

5. Belum berhenti ketawa sewaktu menulis ini; anak-anak ikan perjuangan

6. Hishammudin Rais tidak lebih dari sekadar memiliki ramai pengikut seperti Jayzuan yang berfungsi sebagai budak-budak kompang berdiri di belakang mereka berdua.

7. Pada saya, aktivisme sudah overrated pada tahun 2015.

8. Pindah rumah (lagi).

9. Buku-buku yang banyak sewaktu berpindah sangat menyebalkan. Tetapi kita akan tetap menyusunnya ke dalam kotak dan mengangkat sehingga patah pinggang kerana sebuah ego pemilikan.

10. All I want for Aidilfitri is you.

No comments:

Post a Comment