12/13/2015

Disember


1. Ucapan persidangan parti adalah sebuah political ladder, obviously. Kem liberal masih tidak mampu fikir ke?

2. Emosi tentang kematian menjadi overrated. Mungkin agaknya esensi keabadian adalah begitu.

3. Sebuah petang dan perbualan dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat setelah perkahwinan selama 10 tahun. Selepas solat, simpuhannya yang menyerah, tangan menadah, doanya lebih panjang daripada biasa.

4. Mungkin suatu hari nanti, saya mula memandu dan memiliki kereta sendiri. Saya akan mainkan dan dengar lagu ini ketika tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas dan hujan.


5. Untuk nombor (4), mungkin juga ketika memandu pada waktu dinihari di lebuhraya yang berkabus dan sunyi.

6. Bagaimanapun, masih ada ruang untuk sisi jiwang.



No comments:

Post a Comment