5/15/2015



Saya tidak fikir, bahawa saya adalah orang yang sama tatkala bertemu orang-orang baru kali pertama .Pada salam perkenalan yang saya sembunyikan tangan, atau dipaksa untuk saling bertukar nama, saya lebih suka supaya tidak diketahui. Beban, iya barangkali beban yang terletak pada tubuh serta perkiraan orang-orang kali pertama yang saya temui itu cuba-cuba untuk menerka diam dan rahsia saya. Mungkin dengan itu, mereka memulakan dengan periksa nama saya di google atau laman-laman sosial. Maka ianya berakhir dengan sebuah pembongkaran bahawa saya bukan siapa-siapa. Dan mereka, hanya menemukan tulisan ini-- barisan ayat seolah saya sedang berbicara yang ditulis separuh sedar tanpa perhatian. Mereka kemudian susuli penemuan ini dengan oh yang panjang serta berkata dalam hati, apalah, cuma susun abjad dungu, seorang lelaki banal.

Isi cawan berupa teh tarik sudah tinggal separuh.

No comments:

Post a Comment