11/12/2014

November


Tiada lagi pekerjaan yang membawa akal dan tubuh saya ke daerah yang melelahkan. Segalanya telah berhenti sibuk. Daripada segala yang dipertanggungjawabkan, seperti yang diharapkan saya sudah selesaikan. Keringat yang tertumpah setiap hari buatkan saya terfikir kata seorang teman, manusia ini hidup mempergunakann dan ia kemudian dipergunakan. Kata saya sendiri, biarlah kalau dipergunakan. Ianya dalam sedar dan rela. Buatkan hati saya bertambah hidup. Dan lalu itu, saya mampu untuk mendengar bunyi suara-suara kecil sendiri. Duduk dalam keramaian dengan sebuah keberadaan yang dimaknakan. Pura-pura gagah berdiri dengan lelah yang tidak dihiraukan. Manusia seperti saya; agaknya baru mengerti supaya sentiasa lapar untuk dimaknakan.

Tapi hari ini, kelapangan kerana tiada apa-apa lagi yang hendak lagi dikerjakan maka sudah tidak terdengar lagi. Semuanya telah dibawa pergi.

Suara-suara sarat berat yang menghadirkan kebijakkan untuk menulis

No comments:

Post a Comment