1.
Hidup-- seperti yang saya bilang pada sebelum dan yang sudah-sudah, kita
menemukan jalan fikiran yang berbagai dari setiap orang. Perkara abstrak hanya
akan dapat dicapai apabila seorang itu berada dalam kesedarannya paling tinggi terhadap diri. Tidak guna untuk bersusah payah
menerangkan apa itu derita sakit oleh Murakami sewaktu dia sedang berlari, dan
akhirnya dituduh orang sebagai sad weird-pathetic loner.
2. Argumen
dengan nada keras yang tidak menyelesaikan. Perbualan yang tidak sihat atau
kurang toleransi (dan diselangi fakta-fakta yang tidak berhujung pangkal malah
diakhirkan dengan jenaka rasis) buatkan saya jadi jelik.
3. Saya
perlu tweet sesuatu.
4. Stucked
on number 4.
5. Mungkin
saya teringatkan pada seorang proffesor tua yang mencekak pinggang sewaktu kali
terakhir saya berdiri di rostrum dan berdehem pada mikrofon sebelum
membentangkan tugasan akhir semester. Berkenaan teori kebudayaan tentang hantu
dan makhluk halus. Mencekak pinggang itu tanda umum bahawa seseorang itu menanggapi sesuatu dengan marah (atau benci?). Teori meleweh, name dropping dengan tidak tentu hala tokoh-tokoh dari
perancis-- dan sebenarnya siapa yang suka dengar?. Dia, proffesor ini orangnya
mudah terkesan dengan visual. Mudah terkagum dengan fakta yang berulang (fakta
yang hanya diketahuinya).
Tapi
sesuatu tentangnya. Dia mahu dunia tahu bahawa dia menangis tatkala membaca The
kite runner.
6. Melihat
kehidupan sendiri yang terumbang-ambing dan tidak tentu dalam pengejaran dunia.
Masa, adalah sesuatu yang sentiasa pergi dalam bunyi detak jarumnya tik tik
tik. Tidak tinggal pun satu detik yang boleh berulang atau berputar kembali.
Keinginan untuk semua perkara atau fasa perit (sekurang-kurang seperti
sekarang) berlalu cepat kembali kepada satu bentuk pertimbangan. Saya tidak
sanggup melihat orang tua saya dimakan masa.
Kenyataannya,
kita semua akan dimakan masa. Cumanya saya belum bersedia.
7. Is
there by any chance that you know my name?
8.Surviving Ramadan day 16.
No comments:
Post a Comment