10/24/2013

Salam

1.

Saya selalu (atau cuma) menulis perkara-perkara ringan yang basa basi dan proses membaca (tulisan saya) malah meletihkan,menulisnya apatah bagi saya adalah menjelekkan.Kerana setiap yang saya tulis cuma seputar di antara garisan kisah-kisah hati dan perasaan (keluhan?) yang tak berhujung.Kadangnya ada juga pernah saya terfikir,mungkin saya perlu melihat dari sisi keberadaan untuk menanggapi kehidupan.Kemudian dari fikir dan rasa itu saya mampu meletakkan nyawa dalam tulisan saya.Tapi satu yang selalu saya runsing perlukah kita rasa bersalah pada setiap tinta yang jelik dan mengada-ngada saat diturunkan ke atas muka skrin ini?

Bukan jawapannya perlu atau tidak,tapi saya pernah.


2.

Kebelakangan ini saya disibukkan dengan tugasan semester yang berganda-ganda datangnya.Antara rajin dan tidak,satu persatu tugasan itu saya lihat kembali.

Teori,falsafah dan sastera melawan nazrin zaidi.

3.

Temu janji dengan Tuhan dan permasalahan iman yang turun naik.Harapnya di atas mendengar.



No comments:

Post a Comment