9/04/2013
Fana
Ketika engkau masih kecil,kau berpura-pura pejamkan mata berbaring seolah-olah sedang tidur di ruang tamu rumah kerana engkau mahu ayahanda mengangkat jasadmu ke tilam beradumu.Ada bonda yang berjaga malam ketika batuk demam dan telapak tangannya sentiasa menekap di dahimu dengan resah kerana sakitmu tidak kebah.Datuk yang walaupun jarang bertemu,dia tetapi tetap akan bicara perkara yang berlaku 10 tahun lalu.Ada ceritanya sesuatu tentang engkau kerana itu yang paling pekat di ingatannya.Kau tetap dengarkan nenda mengomel walaupun adakalanya berkerut dahi engkau mencari pangkal dan hujung cerita.Kau senyum ke dalam matanya.
Kesementaraan yang membahagiakan ini kalau engkau tidak tahu,inilah dia yang dinamakan cinta.Ia tidak kekal.Bukannya kekal sifatnya seperti sungai-sungai madu di syurga yang kau boleh hirup selama 50 ribu tahun tanpa hiraukan masa.Walau tidak kekal di dalam jasad,tetapi selamanya dalam ingatan.
Kesementaraan yang ada.Sebelum mereka-mereka pergi,atau engkau yang ditiadakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment