5/27/2013

35 hari


35 hari berlalu, nenda pergi.

Malam ini hujan gerimis,bias lampu seolah projektor menayang semula memori yang lama dengan cukup mengesankan.

Tengah hari yang dulu,udara panas dan kucing-kucing bermalasan.Saya bersandar di sofa melihat dia dari dapur ke ruang tamu mencari sesuatu untuk dibuat.Ada satu bekas di dalamnya penuh dengan gelung benang pelbagai warna tersimpul.Dia capai gunting kemudian duduk di kerusi berhadapan meja menjahit.Merungkai satu persatu selerakan gelung benang,mengasing setiap darinya.

Saya merenung dia sedalamnya.Kata saya dalam hati,untungnya berada sini sekarang.Saya masih ingat,saya senyum pada waktu itu.Kemudian jauh di dalam hati saya ada tergerak untuk berkata tetapi kuat saya menafikan.Masih adakah dia untuk ramadan dan syawal kali ini bersama.

Rupanya tidak.Kali ini dia pergi dulu belum sempat pun ramadan apatah lagi syawal--meninggalkan semua.


Rindu.

No comments:

Post a Comment