4/23/2013

Ketentuan tuhan pada bulan April.

Tuhan gerakkan hati aku dengan perkataan tidak sempat.Aku sendiri tak tahu kenapa dan apa yang sebenarnya tidak sempat.Tapi dalam fikiran ku,sebelum Ramadhan aku mesti balik.Entah apa dengan perasaan ini.

Maka tempoh hari,tujuan pergi ke pulau pinang bukanlah semata-mata mahuku untuk pergi bersiar-siar.Ada niat lain yang aku sisihkan,tapi paling aku mahu dan penting untuk dibuat.Buat kejutan pergi menjengah tok wan dan tok.

Aku sampai lewat petang.Dalam hujan renyai,dengan beg sandang besar berkoyan.Tok tengah makan.Kau patut tengok senyuman dia masa aku sampai.Cucu sulungnya balik menjenguk.Cucu sulung yang pertama menjejak kaki ke universiti.Bagaimana pada hari raya yang lalu,disebut-sebutnya aku pada depan sanak saudara yang aku sendiri tak kenal.Bangganya tak pernah terhenti.

Dia masakkan aku segala yang lazat.Dia cedokkan nasi,aku kuis dengan jariku dan gaulkan dengan lauk.Dan untuk seketika aku berhenti menguis nasi.Merakam momen-momen kami makan bertiga.Aku,tok dan tok wan.Aku terbayangkan mungkin nanti inilah yang aku mahu ceritakan pada isteri dan anak-anak.Tangan yang bersilih mencedok lauk,pelawaan-pelawaan untuk menambah nasi.Depan makanan,aku senyum nikmat.

Ingat lagi sebelum aku berangkat balik,aku salam dan cium tangannya.Macam nak pi panjat gunung,kata dia.

Dan hari ini dia pergi.bila namanya seperti yang sudah tercatat di luh mahfuz dengan tarikh yang sekian-sekian dipanggil menghadap tuhan.Untuk seketika tok dipinjamkan tuhan untuk mengadakan emak untuk aku.

Seperti yang disebut-sebut setiap kali,entah tok ni tak tau la sempat ke dak tengok cucu tok menikah.Tak dan lah kot.Setiap kali itu yang disebut-sebutnya,setiap kali itu hati aku meruntun meminta-minta pada tuhan agar dipanjangkan hayatnya.Tuhan punya kuasa.Seperti janji-Nya,tetap di ambil semula.

Di hujung talian subuh tadi,mak pesan tak payah balik.Abah pun juga.Aku dah jumpa tok tempoh hari,kata mereka.Kesedihan-kesedihan yang mereka mahu lalui sendiri ketika aku jauh dari mereka. Aku senyap sahaja.Belum habis tergamam,dan air mata yang berderai diatas katil melihat pesanan ringkas dari mak tengah malam semalam.Memang semahunya aku hendak pulang menziarah,tapi aku ada tanggungjawab di sini yang perlu dilaksanakan.

Itulah, kita akhirnya akan merindui kehadiran yang sudah tidak ada lagi.

Semoga tok damai dan rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman.

Yang pergi dalam tidurnya,
Saodah Ali.

Al-Fatihah.


3 comments:

  1. salam takziah.

    semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..amin. al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. salam takziah dari saya. stay strong buddy.

    ReplyDelete
  3. takziah. doakan dia di sana.

    ReplyDelete