5/09/2020
Beberapa nota terpilih pengurungan diri
1. Bau.
Bau di malam-malam Ramadhan, bau aroma panas teh wangi kampung, bau masam kari semalaman yang dipanaskan semula, bau peluh lelaki tua yang sebati dengan wangian atar, bau sebuah tempat bernama Bagan Ajam. Bau menghantar suatu ingatan visual kerinduan yang perseptif dan melarakan. Persoalannya bagaimana dan bilamana waktu lagi untuk mengecap nikmat itu?
2. Perlu tulis email dengan menggunakan kata kunci unprecendented times.
3. Kau berada di dalam wilayah antara wilayah berbatas kekuasaan. Dari poin A hendak transit ke poin B. Kedua-kedua poin adalah wilayah tanpa belonging bagi kau. Ketakstabilan power play, legitimasi autoriti yang berubah wajah membuatkan kau tewas permainan timbal balas komunikasinya. Aktor-aktor sekatan jalan raya. Normal baharu yang membuatkan masyarakatnya berubah menjadi patologikal dan menjantan. Negara bangsa yang membulat dan masculinize. Menjadi stockholm kepada aturan kebangsaan.
10 hari pertama anomie ini, paling ribut selepas detik eksistensial terjaga tercungap-cungap daripada tidur yang tidak nyenyak walaupun setelah seteguk dua ubat batuk. Rasionalisasi dalam kepala masih simpang siur.
Cuma sekali ini, tinggal setengah jam sahaja sebelum curfew, dalam fikiran kau kekalutan punca untuk pulang kemana, petir bersabung, nasi gulai air hujan, seluruh keputusan hidup yang celaka, terpalit simbahan lima saat kenderaan datang dari sisi, terminum air lopak jalan.
Kau snapped. Kau rasa hendak berhenti dan berbaring. Dalam hujan. Tepi jalan.
Untuk memikirkan semula apa sebenarnya kau patut buat dalam hidup ini, jual buah jambu atau tebar roti canai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment