12/31/2017

Menulis nota akhir tahun


Mungkin sepatutnya nota ini ditulis dengan tangan. Di atas buku jurnal yang hampir setahun saya tinggalkan helaian terakhirnya tidak betulis. Nota terakhir yang adalah pada bulan Mac.


Belum ini berbagi (?)

Ianya sangat reaktif. Padahal nota sebelum itu adalah berkenaan hal-hal amarah ingin mengubah dunia. Dan kemudiannya, saya tidak pasti kenapa atau mungkin antara garis halus hilang punca atau terlalu emosi dengan sosial keseharian yang terlalu dilihat daripada sudut ontologikal moral diri.

Setengah tahun tempoh hari hampir benar untuk mati muda. Fasa yang lapang dan sunyi. Dan hal itu membuatkan saya menilai semula kehidupan. Tentang apa yang dapat dimiliki, dan apa yang tidak. Menilai semula perbuatan mencari makna, mengukur diri untuk membuat hal-hal besar, keangkuhan berharapan.

Satu pusingan tahun lagi, dan kita lihat bagaimana.

Dan Tuhan, benar seperti Chairil katakan, aku tidak bisa berpaling.


No comments:

Post a Comment